Bagaimana Doa Nak Orang Yang Kita Cintai Mencintai Kita Kembali?

Mencintai dan dicintai adalah perkara lumrah dalam kehidupan manusia dan dalam perjalanan hidup kita pastinya seringkali di dalam hati adanya benih-benih cinta.

Rasa cinta ini terbenih di dalam hati seseorang dan ianya boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Tipu sekiranya jika anda yang mengaku ‘single’ tak pernah merasai perasaan tersebut. Betul tak?

Tetapi pastikan cinta yang kita rasai itu tidak melebihi rasa kasih dan cinta kita kepada Allah SWT.

Walau bagimanapun, adakalanya kita terpaksa memendam perasaan cinta tersebut kerana bimbang kita hanya bertepuk sebelah tangan dan tiada balasan daripada si dia. Nak diluah malu tak diluah nanti kehilangan si dia.

Kalau kita terlambat mungkin orang yang kita cintai itu tidak berpeluang membalas cinta kita lalu dia memilih orang lain atau lebih menyakitkan dia memilih dalam kalangan teman kita sendiri. Betapa sakitnya melalui rasa ini tapi apakan daya kita tak mampu menawan hatinya.

Sebagai orang Islam setelah beribu usaha dilakukan untuk memenangi hati si dia, akhirnya kita perlu meminta pertolongan dan memohon dari Allah dengan doa agar hati insan yang kita cintai itu mencintai kita kembali.

Jika anda belum tahu apakah doa orang yang kita cintai mencintai kita kembali, di sini dikongsikan ayat dan doa untuk Allah membuka hati orang yang kita cintai mencintai kita kembali. Mungkin Allah akan melontarkan rasa rindu agar si dia merindui kita ataupun Allah memberikan petunjuk kepada si dia melalui mimpi.

Doa Agar Orang Yang Kita Cintai Mencintai Kita

Maksudnya : Ya Allah,sesungguhnya aku meminta kepada-Mu, berkah wibawa keagungan-Mu, dan amukan keluhuran-Mu, agar Kau jadikan kecintaan di dalam hati … (Sebutkan orang yang dimaksudkan). Dan resapkanlah kecintaan dan kasih sayang terhadapku di dalam hatinya. Dan cenderungkan ia padaku lewat anugerah-Mu.Wahai Dzat yg Maha Mulia.

Adalah lebih baik dan afdal jika doa di atas dibaca selepas anda menunaikan solat hajat di sepertiga malam.

Leave a Reply