Bahaya Sihir Busung, Wajib Baca!!!

SIHIR BUSUNG.

Sihir busung adalah sejenis sihir yang amat merbahaya kerana sesiapa yang terkena sihir ini kebanyakkannya akan meninggal dunia kerana sesiapa yang terkena sihir ini akan sesak nafas sehinggakan membawa kepada kematian.

Tanda-tanda mereka yang terkena sihir busung ini perut mereka akan membengkak seperti belon yang akan meletup sehinggakan urat-urat di perut akan menonjol keluar dan mereka juga tidak sama sekali boleh membuang air kecil dan juga air besar menyebabkan perut bengkak membesar.

Selalunya orang yang terkena sihir busung hidupnya tidak akan lama sekiranya mereka tidak berjumpa orang yang benar-benar arif tentang sihir ini.

Sihir busung ini selalunya akan digunakan dengan beberapa cara iaitu cara pertama penyihir akan menggunakan kulit binatang seperti kulit gendang raya (gendang masjid) yang telah pecah lalu dibuat bentuk seperti manusia kemudian di puja lalu direndam didalam air, sekiranya kulit itu mengembang maka perut pesakit itu akan membengkak.

Cara kedua penyihir akan menggunakan daging binatang seperti lembu kemudian daging itu disihir terlebih dahulu sebelum diberi kepada sesiapa yang akan disihir supaya mereka memakannya tanpa mereka sedari daging itu telah di puja.

Cara yang ketiga penyihir akan menggunakan katak yang telah dikeringkan dan diletak di suatu tempat supaya mereka yang akan disihir itu melangkah terlebih dahulu dan bangkai katak itu akan diambil semula supaya ia dapat dipuja untuk menyiksa pesakit itu supaya perut pesakit itu akan mengembung seperti perut katak.

Itu adalah salah satu di antara sihir busung yang selalu di gunakan oleh penyihir kepada mangsa mereka.

Tetapi yang menjadi masalah kepada perawat ialah mereka tidak arif tentang sihir busung ini kerana, sebab sekiranya perut yang membengkak mereka akan mengatakan kepada pesakit bahawa pesakit itu telah terkena sihir busung.

Inilah yang belaku kepada seorang pesakit yang perutnya membengkak baru-baru ini saya jumpai, pesakit itu telah menceritakan ia telah terkena sihir busung.
Bila saya tanya macam mana tahu beliau telah disihir?…

Kata pesakit itu beliau telah bertemu dengan ramai ustaz-ustaz dan bomoh semua mengataka itu adalah sihir busung.

Apabila saya memeriksa penyakitnya
untuk memastikan sama ada penyakit itu datang daripada sihir atau sebaliknya..

Setelah diperiksa tubuhnya saya bertanya kepada beliau ada pernah
muntah darah?…

Pesakit itu menjawab ya…

Tidak berselera makan dan bila makan capat kenyang tak saya pertanya kepada beliau..

Pesakit itu menjawab ya…

Bila saya melihat kulitnya menjadi kekuningan sehingga matanya juga menjadi kuning apabila saya memegang dibahagian kanan bawah rusuknya terdapat bonjolan keras sedikit di bahagian itu.

Sambil tercungap-cungap prsakit itu meminta saya mengubatinya supaya penderitaannya berakhir sambil matanya memandang sayu kearah isterinya dan anak-anaknya yang masih kecil.

Saya tersenyum tawar sambil memicit-micit pangkal betisnya…

Sudah pernah pergi kehospital tanya saya kepada isteri pesakit itu..

Pernah jawab isterinya ..

Apa kata doktor tanya saya…

Doktor kata tak ada sakit apa-apa jawab isterinya..

Bila pergi ke hospital tanya saya..

Isterinya menjawab dua tahun lepas kemudian dari itu tidak pergi lagi kehospital kata isterinya..

Dengan perlahan saya berkata kepada isteri prsakit itu sebenarnya puan kena pergi lagi kehospital untuk membuat pemeriksaan lanjutan kerana penyakit seperti ini pada awalnya memang tidak dapat dikesan sehinggalah ia akan sampai ke satu tahap barulah ia akan dapat dikesan penyakit ini.

Saya menerangkan kepada isteri pesakit itu sebenarnya suaminya tidak terkena sihir busung sebaliknya penyakit suaminya adalah berpunca dari masalah hati itulah sebab perut suaminya membengkak dan kulit serta matanya menjadi kekuningan sehinggakan susut berat badan yang amat ketara.

Selalunya penyakit ini berpunca daripada jangkitan virus hepatitis B yang kronik masalah sirosis hati.

Hati adalah satu orgen yang penting dimana tugas hati ialah menapis dan memproses darah daripada bahan toksik untuk menghasilkan cecair hempedu bagi membantu pencernaan lemak sekali gus membantu sintesis protin darah, glukosa dan kolestrol kita untuk membantu proses metabolisme.

Tetapi bila permasalah hati terganggu ia menyebabkan cecair akan masuk ke abdomen ini akan menjadi perut pesakit itu membesar sehinggakan pusat pesakit itu menonjol keluar.

Itulah yang saya terangkan kepada isteri pesakit itu..

Kepada perawat kalau tidak mengenal sebenar-benar sihir busung janganlah sesuka hati mengatakan pesakit itu disihir kerana anda akan membunuh pesakit itu dengan cara rawatan anda yang tidak tepat.

Sebab mereka bukanlah terkena sihir tetapi penyakit berpunca daripada masalah sirosis hepar atau radang haper.

Setelah dua hari berlalu pesakit telah di maklumkan telah meninggal dunia

Sumber : Ustaz Md Rosdi

Leave a Reply