Gambar YDP Agong, Sultan Muhammad V Kahwini Wanita Rusia Tersebar Di Media Sosial

Semalam, 23 November, telah tersebar gambar Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, yang dilaporkan telah berkahwin dengan seorang wanita dipercayai warganegara Rusia

Wanita tersebut dipercayai merupakan bekas ratu cantik Moscow.

Menurut laporan Sinar Harian, wanita tersebut dipercayai merupakan bekas ratu cantik Moscow yang dikenali sebagai Oksana Voevodina.

Seperti yang dilaporkan www.islamnews.ru, majlis perkahwinan yang berkonsepkan gabungan tradisi Melayu dan Rusia itu telah diadakan di Dewan Barvikha di Moscow.

Dalam majlis itu, Sultan Muhammad V mengenakan serba lengkap persalinan baju Melayu sementara wanita terbabit memakai sepersalinan gaun pengantin berwarna biru muda.

Dilaporkan, tetamu yang hadir dijamu dengan pelbagai hidangan istimewa tanpa minuman beralkohol.

Sebelum ini pernah juga tersebar gambar seorang wanita yang dikatakan bakal menjadi permaisuri Kelantan

Sehingga kini, Istana Negara masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung majlis tersebut.

Sekiranya perkhabaran ini sahih, kami di ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YDPA Sultan Muhammad V jika ianya benar.

Daulat Tuanku!

Allahhuakhbar!

Leave a Reply