Stadium Mini Padang Rumput Tiruan Pertama Di Kelantan

Stadium Mini Padang Rumput Tiruan (Artificial Turf) pertama di Kelantan dijangka siap sepenuhnya awal Januari 2018.

Padang bolasepak tiruan ini dibina atas tapak padang hoki yang terletak bersebelahan Stadium Sultan Muhammad IV. Anggaran kos pembinaan padang ini bernilai RM 3.9 juta itu yang dilaksanakan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) turut dilengkapi kemudahan lampu limpah dan pagar keselamatan serta mempunyai keluasan 7,140 meter persegi dengan kapasiti 1900-2000 orang penonton.

Pembinaan padang ini merupakan salah satu daripada 12 padang tiruan bernilai RM50 juta yang dibina Kementerian Kewangan Malaysia di seluruh negara sejak 2012 di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) dan (RMK-11).

Padang ini akan diserahkan di bawah selenggara pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) kelak untuk kemudahan sukan di negeri ini.

Leave a Reply